Subuh rabu yang bening.. ececeh..
Arghhhh... aku meregang-regangkan sendi.. Penat nyer, ngantuk nyer..
terdengar suara bilal azan dari surau berdekatan..
aku terus ke bilik air
Usai solat subuh,
Ma mengaji quran.. tapi aku?.. biasa la aku kan
"Nur (bukan nama sebenar), nanti kita pergi pasar rabu eh harini.. nak beli kain sekolah untuk adik.. nak balik rumah sewa kan harini, takut x sempat"..
aku hanya diam.. tidak mahu berjanji..
tak tahan nya penat.. tidur dulu lah.. aku menarik selimut..
waahhh.. nikmatnya.. best kan dapat tidur time mengantuk.. zzzZZZ...
pukul 11:27am..
pening pening pening.. hmm.. mesej wechat.. abaikan.. SMS.. sape mesej ni..
aku membuka inbox.. hmm.. Nurul (bukan nama sebenar).. ada apa lagi ni.. mesej dari pukul 9:24am.. ooo nak topup.. aku reply mesej Nurul mengatakan topup ada..
nak bagitahu ni, aku jual topup tau.. hehe.. sebenarnya nak retired dah sebab x de modal, tapi kawan-kawan minta suruh teruskan sebab senang mereka nak topup especially masa contigency...
Eh, ada 3 semua mesej.. dua dari Nurul, satu dari Idayu (bukan nama sebenar).. aku membaca mesej kedua dari Nurul.. <Salam Nur, Nur jugak kot kena g hantar report IF tu, orang dah mesej class rep tadi, dia cakap nanti pukul 2pm baru miss bagitahu nak kena hantar kat mana.. saya nak pergi kenduri sepupu jap lagi.. saya dah upload semua dekat dropbox.. Nanti Nur ambik kat situ lah ye.. cover page saya dah buat semua.. Ni password *****..>..
Ya Allah!.. aku terus terduduk.. walaupun ada lagi sisa pening.. aku buat x endah.. mesej dari Idayu aku abaikan..
kenapa boleh jadi macam ni..?
macam mana aku nak balik sana..?
nak print lagi?
how about Ma?
kenapa semua benda nak bagitahu last minute?
komitmen lain lebih penting dari ni?
bertubi-tubi soalan yang muncul di fikiran aku.. oh kawan! sampai nye hati..
aku ke hulu ke hilir..lost.. tidak tahu harus berbuat apa..
nak menangis.. tapi aku tahankan dan cuba bertenang dan bersabar..
dalam hati, aku memohon pertolongan dari Allah.. ye, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.. Indeed..
aku bangun dari katil bujang milik baba di luar..
aku lihat Ma sedang bercakap di telefon dengan kakLong.. masa aku tengah tidur, aku boleh dengar dia ada menyebut nama aku, ain, adik dan juga dua orang adik lelaki aku yang ada di rumah.. cuma aku tidak memahami butir bicara perbualan mereka..
"Ma, saya kena balik rumah sewa kejap lagi, ada keja kena urus"
"Nur, pergi lah mandi, siap.. dah lewat ni.. nanti pasar tutup"..
hmmm.. Ma x paham rupanya apa yang aku cakap..
"Ma, saya kena balik rumah, ada hal".. aku memberi tahu nya dengan tegas..
"sekarang ke?".. " Ha ah"..
"kenapa x bagitahu awal-awal lagi?.. kalo x, ma boleh pergi dengan orang lain"..
Alamakk.. ma dh kecik hati.. Maaaaaa... saya minta maaf... ya Allah aku minta ampun..
aku mengambil towel, dan terus ke bilik air..
usai mandi..
"Nur, kena pergi jugak ke kejap lagi?.. pastu x makan lagi ni.. ma pun x masak lagi"..
tu dia.. ni yang buat jiwa aku sensitive.. ma masih pikir pasal aku..
"x pe la ma, saya makan kat sana nanti"..
tengah bersiap-siap..
aku memberitahu ma.. "Ma siap la, kita g pasar.. lagipun saya nak pergi CC, nak print"..
"yeke.. yelah Ma pegi siap"..
aku pergi ke pasar bersama-sama ma dengan menaiki motor..
sampai je, aku terus ke cc.. tapi penjual-penjual dah bersiap-siap berkemas.. dah nak tutup lah.. alamak.. kesian kat ma.. tapi aku x boleh berfikir panjang.. terus menapak ke cc..
aku menyewa pc..
terus ku buka laman dropbox..
aku menekan file yang bertulis report IF..
hmm.. dua benda je..
satu cover page..
satu lagi Nurul punya part..
laaaa.. ingatkan dah combine semua.. hantar mesej bukan main lagi semua dah siap..
ya Allah.. sabarlah wahai hati.. be rational... bersangka baik lah, agar Allah bersangka baik dengan kita.. aku mengingatkan diri supaya tidak terpengaruh dengan hasutan syaitan..
1:30pm..
fuh! siap jugak.. Ma sudah menunggu..
aku membayar harga servis di kaunter..
aku print 11helai dan guna PC..semua rm6.. mahal nya..
nasib baik sebelum tu, baba ada bagi aku not 50..
ma dengan aku keluar dari cc,
"ma, saya pergi kedai depan kejap".. aku memberitahu ma..
ma berlalu ke pasar untuk membeli sayur..
selesai membeli.. aku ke pasar..
Eh, tu bukan ke Ma Siti (bukan nama sebenar).. Siti adalah bestfriend aku ketika di sekolah menengah.. aku sudah biasa dengan Ma dan keluarga Siti.. sangat sangat baik.. sampaikan pernah sekali baju sekolah aku Ma siti yang tolong jahitkan tanpa mengambil upah.. sangat terhutang budi pada mereka..
Aku bersyukur kerana dikelilingi oleh orang yang baik-baik.. hanya Allah yang mampu membalas kebaikan mereka... aku memberitahu ma tentang kehadiran ma siti..
mereka sebenar dah banyak kali berjumpa sebelum ni tapi harini masing-masing hanya senyum.. tidak bertegur.. hmm.. rupa-rupanya dua-dua x pasti betulkah orangnya..
kami berbual seketika sebelum aku dan ma bertolak balik..
klik klik.. hmm, whatsapp dari Faz (bukan nama sebenar).. classmate aku yang berasal dari Sg.Buloh.. baik, friendly, dan kelakar orangnya..
<Nur ada kat mana?> <ada kat kg lagi>
<laa, ingatkan dah ada kat rumah sewa> <Nur dah nak pergi kejap lagi>
<okay>
sampai sahaja di rumah..
aku terus bergegas ke tempat menunggu public transport..
nasib aku baik.. belum sempat aku melintas jalan sudah ada teksi, aku menahan dari arah berlawanan sebelum melintas.. Alhamdulillah ya Allah..
klik klik.. <Nur, dah ada kat mana> <dekat KK>
<okay, cepat sampai tau.. Faz lapar la.. nanti kita hantar report sama-sama.. lepas tu pergi beli makanan> <okay Faz>.. hmmm.. baru perasan yang aku lapar..
perjalanan aku ke rumah sewa memakan masa lebih kurang 1 jam..
3:00pm
sampai nya di rumah sewa..
aku bergegas naik dan terus bersiap menunaikan solat zohor..
alahai, lewat lagi solat.. aku memohon kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..
usai solat.. aku whatsapp Faz..
<Faz, Nur dah siap>... tiada balasan.. lantas aku terus menelefon Faz memberitahu dia yang aku sudah siap..
dalam masa kurang dari 10 minutes Faz sudah sampai.. okay, Faz bawa kereta.. rumah sewa dia belakang rumah sewa aku je.. dah 2, 3 bulan dah aku dan Idayu pergi ke kelas menumpang dia.. dia pun baru pindah area sini semester ni..
kami terus bertolak ke kampus..
sampainya di sana, kami ke bilik miss dan menghantar report..
ya Allah, alhamdulillah.. selesai sudah urusan ni..
lapar kan.. dalam perjalanan balik ke rumah sewa, kami singgah di lot kedai makanan berdekatan dengan hospital...
waahhh.. sedapnya ayam bakar.. aku membeli nasi kerabu ayam bakar dan jus tembikai.. manakala Faz membeli nasi kukus ayam bakar dan satu lagi lauk ikan untuk housematenya..
usai membeli.. kami terus pulang.. aku mengucapkan terima kasih kepada Faz..
sahabat yang baik adalah untuk sahabat yang baik.
sahabat yang kurang baik adalah ujian..
teruskan berkasih sayang dalam ukhwah yang dibina kerana Allah..
semoga kekal till Jannah.. aamiin..
Date:16January2014
Time:9.55am